Monday, July 11, 2011

tak sesuai kan..

Assalamualaikum

Aku hari ni nak share cerita pasal hari Sabtu lepas..no..no..no...bukan pasal BERSIH tu ok..bab tu aku memang malas nak ambil hirau la. Tapi yang aku nak cerita ni pasal housemate aku. Bukan nak mengumpat ke apa ke cuma nak berkangsi dan share pendapat.

Ok la..kembali kepada cerita housemate aku ni. Nak dijadikan cerita housemate aku ni dah berkahwin sebenarnya. Dia dengan husband dia PJJ atau nama penuhnya perkahwinan jarak jauh. Lebih kurang 2 kali sebulan husband dia akan mai jenguk dia kat rumah ni la. Kalau jenguk je takpe tapi memang siap bermalam kat sini la. Biasa husband dia mai pagi Jumaat maybe sebab husband dia ni kerja belah pantai timur yang cuti hari Jumaat kot. Then housemate aku ni la kerja cikgu belah petang. Aku pulak hari Jumaat biasa balik kerja awal sebab aku ade meeting kat KL so takde la aku g Nilai. Tapi tiap kali kalau husband dia ada hari Jumaat tu aku kena pikir aku nak pergi lepak mana sampai housemate aku ni pun balik kerja. Tak kuasa aku balik rumah time housemate aku tak ada. Takkan nak duk berdua dgn laki dia lak. Kalau jadi pape tak ke naye aku.

Mula2 dulu tiap kali husband dia mai mesti dia bagitau aku. Tapi last week memang dia tak bagitau pun. Tup..tup...aku tengok ada kasut lelaki. Hmm...sah2 husband dia mai la ni. Nasib baik lepas mandi duk berkemban ni husband dia tak kuar bilik ke. Apa la housemate aku ni langsung tak sensitif ke pasal hal ni. Memang aku selama ni buat tak tau je kalau husband dia datang. Kalau dia bagitau husband dia datang aku ok kan aje. Yela dah husband dia memang da ada kat rumah tu takkan aku nak halau kot. Sebab housemate aku ni husband dia dah ada dalam rumah baru dia bagitau aku bukan dia minta izin aku pun. Aku ni pulak senyapkan aje la.

Tapi Sabtu lepas memang aku rasa nak angin gak la. Ok dia tak bagitau husband dia datang aku boleh terima tapi kenapa dia taknak bagitau aku yang dia ajak orang lain datang rumah. Bukan orang lain la sedara mara dia kot. Terkejut aku bila aku buka pintu rumah tup-tup ada 3 orang laki (termasuk husband dia) duk gelak2 dalam rumah aku. Aku ni bukan main dah planing balik kerja aku nak basuh baju aku yang dah rendam 3 hari tu. Tapi tiba2 ada 3orang lelaki tu kat rumah ko agak2 aku ni selesa ke nak membasuh bagai. Please la. Aku ni pun bayar gak sewa rumah ni. Nak bawa siapa2 tu bukan nya aku tak bagi tapi tak boleh ke bagitau aku dulu.

Aduh..housemate aku ni tak sensitif langsung ke. Walaupun kau dah kahwin tapi rumah ni bukan rumah kelamin korang. Tetap consider sebagai rumah bujang sebab aku pun duk sewa kat situ. So tolong la sensitif sikit pasal benda ni. Hormat gak la housemate kau ni. Aku nak ajak parents aku duk sini pun serba salah. Padahal memang nak sangat parents aku datang KL ni tolong aku pilih apa yang patut pasal kahwin aku ni. Tapi sebab aku hormat kau sebagai housemate aku, aku hormat privacy kau. Husband dia pun satu tak malu ke duk rumah perempuan bujang ni. Sori la aku kalau tak suka muka aku ni automatik memang jadi tak suka. Senyum paksa jela aku boleh bagi kat tetamu2 kau ek. Nak kata aku sombong ke biadab ke ikut la sebab memang aku memang tak selesa dan tak suka ok.

Wassalam

Nota kaki nana: teringin nak makan steamboat..

2 comments:

Husna Hadzarami said...

Adoii.. Lecehnya.
You kena bagitahu dia tau, bincang elok-elok. Meanwhile maybe you boleh consider cari rumah lain ke. I know it's not easy tapi.. Haish. Kenapalah ada orang yang tak sensitif macam ni.
Or kalau you boleh sabar sikit, lagi 2 bulan je you nak kahwin, lepas tu boleh out kan? ;)

liyana jaafar said...

tu la..cam x sensitif kan..
memang i tgh bersabar la ni..2 bln lg kn..tunang i pun da bising2 psl ni..dia ckp kalau camtu dia pun boleh datang makan2 kat umh i ajk kwn2 dia..tgk housemate i tu marah ke x..huhu..