Friday, July 1, 2011

sekali lagi

Assalamualaikum

Dialog SMS

Syg: Abg hari Rabu Transformer dah keluar. Malam minggu ni kita g tgk ek. Nak tgk sekali lagi gak.
Abg: Ok. Boleh.
Syg: Mlm minggu kita tgk Transformer. Pastu tgk sekali lagi ari Ahad la.
Abg: Kita tgk sekali dah la malam minggu tu.
(Yang P tu rasa nak gelak terguling2 je tapi dgn baik hatinya ttp bg penjelasan)
Syg: Abg, Sekali Lagi tu cite yang Sam ngn Lisa Surihani berlakon tu la.
Abg: OOO...takpe lah. Kita tgk sekali la malam minggu nanti.

Aduh..kenapalah tajuk cerita tu Sekali Lagi. Kan dah konpius. So kawan2 minggu ni ada 2 movie yang agak hebat lah ditayangkan. Bagi penggemar cerita robot ni tak silap hari rabu lagi dah ditayangkan. Biase wayang baru setiap hari Khamis kan tp myb filem ni terlampau hebat penangan nye hari Rabu lagi dia dah kuar. Bagi penyokong cerita2 melayu buatan Malaysia ni boleh la tgk Sekali Lagi ni. Semalam dah start tayang. Dah tu apa lagi. Korang dah dapat gaji kan lagi2 kalau yg government tu silap2 dah nak habis kot. Jom kita ramai2 kasi penuh 1 panggung tgk filem2 ni..

Tajuk: Transformer: Dark of The Moon
Grene: Fiksyen
Pelakon: Tak tahu sbb aku tak pernah tgk pun filem ni yang dulu2. Dulu2 punya tak silap aku heroin dia Megan Fox yg mengancam meleleh air liur tu tapi tengok thriller yang ni macam dah orang lain je.


 Tajuk: Sekali Lagi
Grene: Jiwang2 dalam hati ada taman
Pelakon: Sam , Lisa Surihani (1st time kot depa ni berlakon berdua), Adik Mia, Bront (tak tau nak eja nama belakang dia)


Boleh dikatakan filem ni memang berbeza. 2 grene berbeza dari 2 negara yang berbeza. Ikut minat sendiri la mau tgk yang mana. Tapi aku da beli tiket untuk 2-2 movie. Ketika masih mampu ni (maklum la awal bulan) tgk habis2an la. Belum hujung bulan nanti tercungap2 duit dah habis.









Zai Jian.

Wassalam. 
 
Nota kaki Nana: Duk membelek2 stok perfume yang baru amik malam tadi. Nak order x??



No comments: