Friday, August 26, 2011

oh baju kahwin ku.....!!!!!

Assalamualaikum...

Tinggal berapa hari lagi kan nak raya. Persediaan raya aku tak lah seberapa sangat sebab ada event yang lagi besar tengah menunggu. Tengok ticker kat sebelah tu lebih kurang sebulan aku nak ke event tu. Aku akan kahwin ok. Tapi apa yang aku nak cakap skrg baju kahwin aku takde lagi ok. Arghhh...baju kahwin aku TAKDE lagi. Orang yang nak kahwin bulan 12 pun dah tempah baju tapi aku yang tinggal sebulan ni takde baju lagi. Camno nak buek ni????

Panjang benor la kisah aku dengan perihal sewa baju ni. Memang mula2 aku sewa dekat Dungun je. Dah jumpa la baju nya, dah deal harga nya and dah bayar la deposit nya. Baju just ok2 la tapi kalau kat Dungun tu kira sangat cantik la baju tu. Baju pun tak berapa baru. Tapi disebabkan aku malas nak sewa kat KL ni aku amik jela. Tup-tup berapa hari lepas tu orang butik tu kol diorang naik kan harga baju tu. Yang tak tahannya harga dia dah macam setanding lak dengan sewa kat KL ni. Kat KL boleh dapat lagi cantik kot n baru lagi. So aku apa lagi bengang gila la. Memang marah gila la aku kt diorang. Aku pun apa lagi kan. Bak la balik deposit aku. Dulu cakap lain sekarang dah lain. Tak leh pakai punya butik.


Menangis-nangis aku ngadu kat mak. Huhu. Baju kahwin dah takde. Camne ni. Kebetulan minggu tu ade festival pengantin kat Medan MARA, KL. Aku pun minta la sikit duit kat mak aku nak sewa baju kat festival tu sbb org cakap kalau g festival pengantin murah sikit. Nasib baik ada mak melayan karenah aku. LOVE U MOM. So aku jumpa la baju yang aku nak kat festival tu. Macam yang sebelum ni la dah siap deal, dah siap bayar deposit semua.

1st kunjungan aku ke butik tu baju yang aku nak ada org tengah sewa. So tak dapat nak fitting. Selang brapa minggu aku skali lagi pergi butik tu tutup la pulak. Dah la tutup kol tak dapat pulak. Aku ni just bersabor jela. Mungkin salah aku juga nak pergi x bagitau dulu. Balik skali lagi dengan kecewa. Belajar melalui pengalaman kali ni sebelum pergi aku kol bagitau dulu. Seminggu awal k aku da gtau aku nak pergi butik. Tiba la hari yang dijanjikan skali lagi aku mengcomfirmkan kedatangan ke butik. Tup-tup sampai ke butik pada waktu yg dijanjikan skali lagi butik tutup. Apa punya bangang butik ni dah janji seminggu awal pun ko boleh buat camni. Ni memang buat aku marah ni tapi cube try cool lagi. Aku kol la gtau dia yang aku dah sampai and dia cakap dia kat Plaza Metro. Tunggu sekejap nanti datang. Plaza Metro dengan butik tu tak sampai 10minit rasanya. Tapi yang buat aku lg nak angin sejam kot aku tunggu. Bulan-bulan puasa ni aku taknak la marah sangat. Dalam sejam aku duk menunggu tu dah beratus kali kot aku kol tp sekali pun tak angkat. Kalau camni dilayannya customer sape tak angin dik oi..Susah sgt nak angkat kol aku pun sms la. Agak marah la sms aku tu tapi rasa cam terkawal lagi. Aku mintak balik la deposit kan. Banyak tu RM200 kot. Boleh buat beli baju raya kan. Dah tak kuasa la aku nak deal ngn butik camni. Patah hati dah kot. Tapi boleh tak dia balas sms aku yang dia sibuk nak shoping ni. Siap cakap aku bukan nak kahwin esok duk kalut sangat kenapa. Weh, kalau camni la ko berbisnes, ko layan customer memang takkan maju la butik ko tu. Deposit aku memang takkan dapat balik la kan. Biar la ko taknak bagi takpe. Aku tak kisah tapi kita tgk la macam mana DIA hitung ko nanti.

So sekarang ada masa sebulan je lagi aku kena cari baju kahwin aku. Tolak seminggu cuti raya tinggal 3 minggu lagi kot. Aduhhhhh...poning kepalo den. Dugaan betul la...

Wassalam.



Tuesday, July 19, 2011

mat bunga vs minah bunga

Assalamualaikum

Jom layan gambar2 mat bunga ngan minah bunga kat Festival Floria Putrajaya

La..la..la..la..sungguh riang gembira nak bergambar


Habis control ke ni bang..


Umur da 26thn ni baru 1st time duk handle benda alah ni..nak setup pun sempat posing..


Terima kasih si baju hitam sebab da melindungi kegemukan ku.


Dengan bantuan mr.tripod..lakonan 1..


Lakonan 2...eh..eh...cut..salah la..


Another take..baru betul..lakonan 3


Posing gedik bersama mr.tripod..
(gambar terakhir sebelum bateri habis)


Di celah2 orang ramai mencari port nak setup mr.tripod



Tak banyak pun kitorang berposing2 hari tu sebab bateri kamera dah habis..sempat amik 39 keping je termasuk gambar2 yang aku x posing pun..sob..sob..sob...sedih..

Tapi nasib baik ada gak posing yang agak menarik dipersembahkan..huahua...

Tadaaaa...ni la gambarnya..dah jadi profile picture kat facebook pun..
(En.tunang agak control disini sebab posing gedik kami diperhatikan oleh uncle n antie indian yang duk kt kerusi sebelah)

Wassalam
Nota kaki nana: Nak amik gambar pre-wed tp nak minta sape tolong amikkan gamba..mr.tripod lagi ke..

Wednesday, July 13, 2011

ni pendapat saya je

Assalamualaikum

Seperti tajuk dia atas saya dengan sukacitanya memaklumkan tulisan dalam entry ni hanya la pendapat peribadi saya je. Memang bukan untuk memihak mana2 pihak cuma untuk buat renungan sesama kita.

Tiba2 rasa nak tulis entry ni lepas duk tengok klip2 BERSIH hari tu. Aku bukan la orang yang menyokong BERSIH ni dan aku bukan juga orang yang menyokong di pihak yang satu lagi. Aku ni di pihak orang yang cuma ingin hidup aman dan damai di muka bumi ciptaan-Nya ini. Melihat negara2 luar yang berperang sesama sendiri sudah cukup buat aku takut apatah lagi teringat negara kita dikala sebelum kemerdekaan dulu. Minta2 sejarah tak kan berulang lagi la.

Aku pun bukan nak tulis pasal BERSIH ni sangat pun. Macam tajuk tu aku nak bagi pendapat je. Banyak gak la klip2 aku tengok menyalahkan pihak polis, FRU dan segala pengawal2 yang buat kerja diorang pada hari tu. Macam2 sumpah seranah la yang diorang ni dapat. Tapi tak sedar ke kita yang diorang tu cuma menjalankan tugas diorang. Dah diorang tu polis tugas diorang menjaga keamanan negara kan. Cuba korang bayangkan sekejap kalau Malaysia ni takde polis, askar dan seangkatan dengannya macam mana rupanya keadaan negara kita ek. Ada tak dalam dunia ni negara yang memang tak ada polis, pengawal semua tu?

Kenapa kita tak nak respect kerja yang diorang buat. Semua kerja ada skop. Doktor merawat pesakit memastikan pesakit sihat dan hidup ceria, cikgu mengajar murid2 untuk memastikan murid2 ni menjadi orang yang berilmu, tukang kebun membersih sekitar untuk memastikan kawasan sekitar cantik dipandang mata dan pendek kata semua pekerjaan la ada skop masing2. Macam tu juga polis, askar, FRU semua tu. Diorang di tugaskan untuk mengawal demi memastikan negara aman dan tenteram.

Korang lak senang2 je cakap diorang ni tak berhati perut la, binatang la, dan macam2 maki hamun lagi. Tapi korang sedar tak apa perasaan diorang masa tu. Apa yang diorang rasa. Mungkin ada antara diorang ni sama2 melonjak nak turut BERSIH dan mungkin ada yang taknak langsung terlibat dengan semua ni baik duk kat rumah main dengan anak2 (ni jenis yang macam aku malas nak layan). Tapi diorang kena juga buat sebab tu kerja diorang. Tu sumber rezeki diorang yang boleh bagi makan pakai kat famili diorang.

Aku bagi contoh 1 situasi yang sangat dekat la kot. Korang gi exam pastu korang kena tangkap dengan cikgu sebab meniru. Kertas exam korang lak kena rampas, korang nak cakap cikgu tu kejam ke. Padahal sebelum start exam cikgu dah warning jangan meniru. Kat kertas soalan muka depan pun ada tulis dilarang meniru. So korang nak cakap cikgu ni kejam, zalim semua tu ke. Tapi rasanya tu memang dah tanggungjawab cikgu tu la kan. Apa jadi kalau cikgu tu tau korang meniru tapi cikgu tu lepas kan je tup2 guru besar dapat tahu cikgu tu lepaskan korang. Pastu cikgu tu kena buang kerja dah siapa lak nak bagi famli cikgu ni makan pakai nanti. Sama la dengan polis2, askar2, pengawal2 yang buat kerja hari tu.

So aku rasa macam tak adil la korang duk maki hamun kat diorang yang duk jaga keamanan negara kita tu. Diorang cuma buat tanggungjawab diorang. Dah kerja diorang memang macam tu kena terima jela. Tu sumber rezeki diorang kan.

So seperti kata2 Wahid dalam Melodi...PEACE NO WAR....

Wassalam

nota kaki nana: aku bertuah di Malaysia yang aman..

jom berduka lara

Assalamualaikum

Hari ni..kecewa..kecewa..kecewa..

Nak buat HIV test tak dapat

Nak test baju kahwin tak dapat

Kecewa..kecewa...kecewa..

Wassalam

Nota kaki nana: Tapi seronok dapat jumpa PN.UNA yang perut dah bulat tu..macam pegang belon je tadi..comel..

Monday, July 11, 2011

tak sesuai kan..

Assalamualaikum

Aku hari ni nak share cerita pasal hari Sabtu lepas..no..no..no...bukan pasal BERSIH tu ok..bab tu aku memang malas nak ambil hirau la. Tapi yang aku nak cerita ni pasal housemate aku. Bukan nak mengumpat ke apa ke cuma nak berkangsi dan share pendapat.

Ok la..kembali kepada cerita housemate aku ni. Nak dijadikan cerita housemate aku ni dah berkahwin sebenarnya. Dia dengan husband dia PJJ atau nama penuhnya perkahwinan jarak jauh. Lebih kurang 2 kali sebulan husband dia akan mai jenguk dia kat rumah ni la. Kalau jenguk je takpe tapi memang siap bermalam kat sini la. Biasa husband dia mai pagi Jumaat maybe sebab husband dia ni kerja belah pantai timur yang cuti hari Jumaat kot. Then housemate aku ni la kerja cikgu belah petang. Aku pulak hari Jumaat biasa balik kerja awal sebab aku ade meeting kat KL so takde la aku g Nilai. Tapi tiap kali kalau husband dia ada hari Jumaat tu aku kena pikir aku nak pergi lepak mana sampai housemate aku ni pun balik kerja. Tak kuasa aku balik rumah time housemate aku tak ada. Takkan nak duk berdua dgn laki dia lak. Kalau jadi pape tak ke naye aku.

Mula2 dulu tiap kali husband dia mai mesti dia bagitau aku. Tapi last week memang dia tak bagitau pun. Tup..tup...aku tengok ada kasut lelaki. Hmm...sah2 husband dia mai la ni. Nasib baik lepas mandi duk berkemban ni husband dia tak kuar bilik ke. Apa la housemate aku ni langsung tak sensitif ke pasal hal ni. Memang aku selama ni buat tak tau je kalau husband dia datang. Kalau dia bagitau husband dia datang aku ok kan aje. Yela dah husband dia memang da ada kat rumah tu takkan aku nak halau kot. Sebab housemate aku ni husband dia dah ada dalam rumah baru dia bagitau aku bukan dia minta izin aku pun. Aku ni pulak senyapkan aje la.

Tapi Sabtu lepas memang aku rasa nak angin gak la. Ok dia tak bagitau husband dia datang aku boleh terima tapi kenapa dia taknak bagitau aku yang dia ajak orang lain datang rumah. Bukan orang lain la sedara mara dia kot. Terkejut aku bila aku buka pintu rumah tup-tup ada 3 orang laki (termasuk husband dia) duk gelak2 dalam rumah aku. Aku ni bukan main dah planing balik kerja aku nak basuh baju aku yang dah rendam 3 hari tu. Tapi tiba2 ada 3orang lelaki tu kat rumah ko agak2 aku ni selesa ke nak membasuh bagai. Please la. Aku ni pun bayar gak sewa rumah ni. Nak bawa siapa2 tu bukan nya aku tak bagi tapi tak boleh ke bagitau aku dulu.

Aduh..housemate aku ni tak sensitif langsung ke. Walaupun kau dah kahwin tapi rumah ni bukan rumah kelamin korang. Tetap consider sebagai rumah bujang sebab aku pun duk sewa kat situ. So tolong la sensitif sikit pasal benda ni. Hormat gak la housemate kau ni. Aku nak ajak parents aku duk sini pun serba salah. Padahal memang nak sangat parents aku datang KL ni tolong aku pilih apa yang patut pasal kahwin aku ni. Tapi sebab aku hormat kau sebagai housemate aku, aku hormat privacy kau. Husband dia pun satu tak malu ke duk rumah perempuan bujang ni. Sori la aku kalau tak suka muka aku ni automatik memang jadi tak suka. Senyum paksa jela aku boleh bagi kat tetamu2 kau ek. Nak kata aku sombong ke biadab ke ikut la sebab memang aku memang tak selesa dan tak suka ok.

Wassalam

Nota kaki nana: teringin nak makan steamboat..

Friday, July 8, 2011

walaupun dia

Assalamualaikum



walaupun dia bekas seorang mat rempit
walaupun dia layan lagu2 rock kapak bukan jiwang leleh
walaupun dia xpandai nak romantik2 dan suprise2
walaupun dia suka layan radio sinar, radio muzik, radio suria
walaupun dia tak pandai langsung nak memujuk aku yang kuat merajuk
walaupun dia kadang2 cakap dengan aku macam aku ni kawan2 lelaki dia
walaupun dia selalu kutuk aku gemok, tembam, bulat dan sebagainya
walaupun dia selalu bagi banyak alasan bila aku ajak keluar
walaupun dia suka menguap bila aku tengah duk membebel
walaupun dia sekarang susah nak balas sms aku time2 waktu kerja
walaupun dia selalu je buat aku naik angin 
walaupun dia
walaupun dia
walaupun dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi aku tahu dia tetap sayang kat aku.
Love the way u love me...AMIRUDIN RAMLI

Wassalam

Nota kaki nana: Alahai..menjiwang lak..mood da dekat2 nak kahwin mmg camni kot.

Saturday, July 2, 2011

aku rasa tenang

Assalamualaikum

Aku kalau nak mengisi masa lapang kat tempat kerja ni mula la duk sibuk membaca gosip2 artis kita ni. Saja nak cari topik gosip2 dengan kawan2 nanti. Aduh...minah kepochi ke aku ni..huhu...Tengah duk membaca pasal Eizlan Yusof tadi baru la aku tau yang pelakon lelaki ni ada blog. Aku pun baca la blog beliau ni. Not bad walaupun seorang pelakon beliau tak la guna ayat2 sasterawan sampai aku kena tgk kamus ke apa. Tapi sempoinya tahun ni baru sekali je dia update. Takpe la busy kot..

Tapi aku bukan nak cerita pasal blog beliau pn tapi blog wife beliau. Baru first time la aku baca blog ni terus aku rasa aku dah jatuh cinta. Oh ini lah cinta pandang pertama agaknya. Memang hasil tulisan yang penuh sarat dengan isi tapi tetap rasa tenang bila baca. Terasa dekat sangat dengan diri. Dan yang paling aku suka baca entry ni. Memang betul sangat apa yang beliau suarakan. Itu la perasaan seorang isteri. Ya, memang aku belum pun bergelar isteri tapi aku rasa aku amat memahami perasaan tu sebab aku seorang wanita.

Rasa nak berterima kasih sangat sebab beliau dah mewakili kami kaum wanita ni untuk memberi penjelasan pada kaum adam pasal hati dan perasaan kami. Merajuk kami, marah kami, bebelan kami semua itu hanya untuk satu sebab. Untuk perhatian dan kasih sayang. So aku cadangkan kaum adam semua baca la blog beliau. Tak apa kalau tak nak baca blog beliau pun, korang baca entry tu pun jadi lah. Nanti korang akan faham la kenapa pasangan korang ni asyik nak membebel, merajuk or marah2 je.


credit: beautifulnara

Wassalam

Nota kaki Nana: Tgh duk kira claim. Keje bese di awal bulan.

Friday, July 1, 2011

macam kembar

Assalamualaikum

Aku nak tanya la kan korang percaya tak istilah muka serupa ada jodoh. Memang selalu la aku dengar orang cakap macam ni. Tak kira la mak budak ke budak2 ke mesti pernah dengar la orang duk cakap benda ni. Aku??Nak percaya pun tak, tak percaya pun tak. Sbb ada juga kawan2 aku masa depa ni alam kapel2 ni takde pulak yang cakap muka depa ni sama la ada iras la. Tapi bila dah kahwin ada je yang cakap "Eh,ada iras la korang berdua.", "Muka Kak A sama la macam muka mak abang B."(kira serupa la sbb abg B tu anak dia kira genetik tu ada), "Lama2 tgk macam sama lak muka korang ni.", dan banyak lagi la cakap2 yang menunjukkan muka diorang ni sama. Tapi kenapa masa tgh hangat berkapel dulu tak ada pulak yang cakap lagu tu ek.

Kisannya aku ni dengan mantan yang dulu bukan main ramainya yang cakap muka kitorang ni ada iras la, lebih kurang sama la, dekat2 serupa la. Siap cakap kitorang adik-beradik dan yang tak boleh tahan siap ada yang cakap kitorang ni kembar. Sama pencetak kononnya. Aduhyai....saat tu bila masing2 duk beria tilik muka ni rasanya memang langsung tak serupa dan sama la kot. Cam banyak je bezanya. Tapi masa tu cam kembang2 la dengar orang cakap lagu tu sebab time tu duk selalu dengar kalau muka sama ni ada jodoh. Tapi resultnya sekarang takde nya jodoh modoh semua tu. Siap dah jadi mantan pun dia. Dah berlalu sebagai sejarah pun. Aku tulis ni bukan nak mengimbau memori ke apa ke tapi aku nak cari kepastian ayat2 manis orang duk selalu cakapkan tu.

Dengan yang sekarang ni pula memang tak ada pun lagi yang cakap muka kitorang ada iras2 ke, sama ke, serupa ke. Nak kata adik-beradik pun tak ada lagi. Kembar memang tak kan la kot. Kadang2 sedikit sebanyak cakap2 masyarakat yang duk habaq muka sama ada jodoh ni menakutkan aku gak. Betul ke ada jodoh aku dengan dia ni. Tu la siapa la yang duk buat kesimpulan lagu ni dah kapel2 yang orang tak cakap muka diorang sama ni takut tak ada jodoh. Lagi2 orang macam aku ni suka nak termakan dengan kata2 macam ni. Tapi besar sangat la harapan aku ni semoga aku dengan dia berjodoh sampai kemati. Lantak hangpa nak cakap muka aku sama ke tak ke.

Ni korang tak amik kisah lak ke yang orang duk cakap "Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua tu ditangan Allah S.W.T." So pada kapel2 yang duk tercari2 tang mana samanya muka hang dengan kapel hang tu kan baik hang pegang kata2 ni pulak. Lantak p la yang duk kata muka sama ada jodoh tu semua. Yang penting sekali siapa jodoh kau Dia Yang Maha Esa dah tentukan. Muka sama ke tak ke biaq p la. Janji Dia dah tentukan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.



Buat abg tak apa la kan orang tak cakap muka kita ni sama ke,serupa ke, janji kita doa banyak2 moga hanya yang terbaik buat kita.

Zai Jian

Wassalam.


Nota kaki Nana: Bunyi suara ank kucing menjerit2 la kat luar. Tgh duk cari mak dia kot. Keciannya..

sekali lagi

Assalamualaikum

Dialog SMS

Syg: Abg hari Rabu Transformer dah keluar. Malam minggu ni kita g tgk ek. Nak tgk sekali lagi gak.
Abg: Ok. Boleh.
Syg: Mlm minggu kita tgk Transformer. Pastu tgk sekali lagi ari Ahad la.
Abg: Kita tgk sekali dah la malam minggu tu.
(Yang P tu rasa nak gelak terguling2 je tapi dgn baik hatinya ttp bg penjelasan)
Syg: Abg, Sekali Lagi tu cite yang Sam ngn Lisa Surihani berlakon tu la.
Abg: OOO...takpe lah. Kita tgk sekali la malam minggu nanti.

Aduh..kenapalah tajuk cerita tu Sekali Lagi. Kan dah konpius. So kawan2 minggu ni ada 2 movie yang agak hebat lah ditayangkan. Bagi penggemar cerita robot ni tak silap hari rabu lagi dah ditayangkan. Biase wayang baru setiap hari Khamis kan tp myb filem ni terlampau hebat penangan nye hari Rabu lagi dia dah kuar. Bagi penyokong cerita2 melayu buatan Malaysia ni boleh la tgk Sekali Lagi ni. Semalam dah start tayang. Dah tu apa lagi. Korang dah dapat gaji kan lagi2 kalau yg government tu silap2 dah nak habis kot. Jom kita ramai2 kasi penuh 1 panggung tgk filem2 ni..

Tajuk: Transformer: Dark of The Moon
Grene: Fiksyen
Pelakon: Tak tahu sbb aku tak pernah tgk pun filem ni yang dulu2. Dulu2 punya tak silap aku heroin dia Megan Fox yg mengancam meleleh air liur tu tapi tengok thriller yang ni macam dah orang lain je.


 Tajuk: Sekali Lagi
Grene: Jiwang2 dalam hati ada taman
Pelakon: Sam , Lisa Surihani (1st time kot depa ni berlakon berdua), Adik Mia, Bront (tak tau nak eja nama belakang dia)


Boleh dikatakan filem ni memang berbeza. 2 grene berbeza dari 2 negara yang berbeza. Ikut minat sendiri la mau tgk yang mana. Tapi aku da beli tiket untuk 2-2 movie. Ketika masih mampu ni (maklum la awal bulan) tgk habis2an la. Belum hujung bulan nanti tercungap2 duit dah habis.









Zai Jian.

Wassalam. 
 
Nota kaki Nana: Duk membelek2 stok perfume yang baru amik malam tadi. Nak order x??



Tuesday, June 28, 2011

OH NO!!!!!!!!

Assalamualaikum

Kena bagi salam gak kalau nak menjerit pun. Ce tengok..ce tengok..kat sebelah tu..

2 BULAN 3 MINGGU 5 HARI

Cam mane ni..cam mane ni..badan tengah gemuk lagi..aduh.....

Wassalam

Nota kaki nana: Tgh buat tempat telur di waktu kerja..

Monday, June 27, 2011

Ragam Pemandu Kita

Assalamualaikum

Pagi2 yang sejuk menggigil sbb ujan2 pun pasang aircond ni aku nak berceloteh sikit pasal pemandu2 kita ni. Tak kira la laki ke pempuan ke, muda ke tua ke, bawa kereta besar ke kereta kecil warna merah pon..pon..pon.pon..boleh ku bawa ke sekolah ke. Boleh dikatakan aku ni hari2 la kot pegi kerja kena travel jauh. Jauh la sgt kan. KL - Nilai je kot. Tp hari2 la aku akan lalu kat Lebuhraya Utara Selatan atau lebih glamernye dgn pangilan PLUS ni. So hari2 la aku terpaksa berdepan dgn macam2 karenah driver kita ni. Kadang2 ada gak la kuar sumpahan2 kramat dari mulut aku yang comel lotey ni. Bukan itu yang aku pinta tapi drebar2 kita ni la yang paksa aku buat semua tu. Pagi2 je dah buat dahi aku kerut 14. Angin lak dah naik satu badan. Erkkk...erkkkk...erkkkk....


1. Pemandu Lelaki
- Selalu yang aku kena dgn pemandu kaum ni kan mmg sgt dikenali jenis ego dan taknak kalah. Kau dah la bawa kereta dengan riang ria ribena nya sambil hisap dunhill malboro gudang garam bagai. Duk fuhhh...fuhhhh...fuhhhhh...Bila tgk Viva Cooper aku berdesup melintas kau mula la terus tak puas hati. Ego lelaki tercabar la tu bila tgk ada gadis yang agak cun sbb pakai sunglass Bonia je pastu bawa Viva Cooper yang bukan turbo lak tu melintas kau tanpa pandang sedikit pun kat kau yang konon2 macho bawa kereta Wira Lancer sambil menghembuskan karbon monoside ke ruang udara. Bila dah tak puas hati tu mula la kau pun bedesup melintas aku sambil memandang aku dgn sengihan kambing dan hidung kembang kempis tu. Aduh bro aku bukan nya nak lumba kereta dgn kau la. Dah kau tadi bw kereta baik punya syoknye aku lintas la. Aku ni nak cepat dah lambat masuk kerja. Lelaki ni nak ego memang tak kena tempat la.


2. Pemandu Bas
- Bab ni aku memang rasa cam nak naik hantu la. Aku da bawa sikit ikut peraturan had laju yang ditetapkan.  Pendek kata bagi org mudah paham kan aku ni dah bawa 110km/j di lorong tengah tapi elok je ada bas duk cucuk2 kat belakang. Amboi..biar betul bas ni berapa laju yang dia nak bawa. Takkan nak bawa sampai 160km/j kot. Kau ingat la sikit kau tu bawa banyak nyawa kat dalam tu. Takkan tak jadi kan Tragedi bas Delima tu sebagai iktibar. Kau tu bukan je membahayakan nyawa penumpang2 kau tapi pengguna2 jalan tu gak terutama aku yang kau duk cucuk ni. Tapi untuk bagi sedikit pengajaran aku pun apa lagi menslowkan kereta aku dari hadlaju 110km/j ke 90km/j. So secara tidak langsung bas tadi pun akan ikut hadlaju aku. Lantak la kau nak sumpah seranah ke apa janji ko bawa tu ikut hadlaju yang ditetapkan. Aku lak macam suka je kena2 cucuk ni bukan apa cuma aku taknak la tragedi Oktober tu berulang lagi. Ngeri u...


3. Pemandu Veteran
- Pemandu kategori ni kadang2 jela aku jumpa kat highway ni tapi kadang2 kalau ada tu rasa angin tu nak naik gak la 1 badan. Wahai makcik2 pakcik2 saya bukan nye nak memperlekehkan cara pemanduan anda nti tak pasal2 dikata derhaka lak. Kena sumpah jd batu taknak la aku. Cuma kadang aku memang nak marah pun ada tp jangan cakap aku tak hormat org tua lak. Cuma saya nak cakap sikit ni makcik2 pakcik2 kalau makcik2 dengan pakcik2 nak bawa makan2 angin 50km/j ke 70km/j je tolong la jangan bawa kat lorong tengah ek, lorong kanan sekali tu lagi la jangan tau. Seelok2nya makcik2 pakcik2 bawa la di lorong yang paling kiri sekali. Lorong tu paling sesuai utk makcik2 pakcik2 kalau nak makan angin tau. Kesian anak2 nak cepat pergi kerja ni. Boleh kan bagi laluan kat kami dulu.


4. Pemandu motosikal
- Yang ni lak jenis aku la raja ni atas ini jalan. Eksyen nye dia bukan main. Elok kau ada lorong motosikal tu yang kau nak jugak duk lorong kenderaan2 yang besar dari kau ni kenapa. Walaupun aku ni naik cuma Viva Cooper je tp yang penting tayar aku ada empat so aku bayar tau guna jalan ni. Kau tu tayar dua je free lak tu. Tolong la jgn berlagak cam kau tu Mail Lambung lak. Dah la bawa motor ikut jalan kereta pastu macam biase la bawa motor cam jalan ni aku yang punya. Aku tau kau tu naik LC tapi kenapa kau nak bawa motor macam Honda Cup lampu bulat lak. Please la..please la..kau nak buat macam tu sila buat kat lorong motor ok. Kat lorong besar ni kau tak sesuai. Ada faham.

Macam2 sebenarnya karenah pemandu2 kita ni. Belum lagi jenis manusia yang suka2 potong Q masa nak bayar tol, jenis manusia yang tak reti2 nak bagi signal  kalau nak masuk lorong (bese kereta mahal dan besar selalu buat macam ni. kecian kereta mahal tapi mentol signal dah rosak takde duit nak tukar), ada gak masa nak bayar tol elok je dia duk lalu kat lorong touch n go pastu tiba2 berdesup masuk lorong tunai kat kiri sekali lak tu (kenape?lupa topup touch n go ke bang??) dan memang banyak lagi la. Tak sedar ke apa yang diorang buat ni membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.

Aku kalau boleh nak je cerita panjang lebar lagi. Tapi aku rasa otak aku ni dah beku lak sebab gila punya sejuk aircond ni. Tangan duk menaip ni pun dah mengigil-gigil dah. So sebagai nasihat jadi lah pemandu yang berhemat.

Wassalam.

Nota kaki Nana: Dah dapat dah baju beli kt on9 hari tu. Nasib baik puas hati.

Saturday, June 25, 2011

IKEA ohhhhh IKEA

Assalamualaikum

Aku saje nak kongsi cerita hari Ahad 2 minggu lepas aku g IKEA (ceh,,g ikea pun nak cerita ke.bukannya g KOREA pun.huhuhu..). Hei..hei..hei...bukan senang tau aku nak gi Ikea ni. En.Tunang tu kalau boleh hari Ahad  dia nak tidur je. Jangan harap la dapat g jauh2 tu. Cheras dgn Damansara jauh ok. Midvalley pun dia boleh kata jauh. Kalau boleh asyik nk berjalan kat Jusco yg mmg sekangkang kera je dari rumah ni. (Aku kat Jusco tu dah boleh jalan2 sambil tutup mata kot.. Yela..hampir tiap2 hari kot aku g). Dapat pergi ni pun lepas aku merajuk siap mengamuk lagi. Hehehe. Ambik kau aku dah buat drama lagi bila ntah nak maturednya.

Biasa lah kalau dah jalan2 kat Ikea ni memang sekadar cuci mata jela mampu. Cuci mata pastu berangan pastu cuci mata balik. "Oh...i nak ruang tamu yang macam tu la syg..Tp yang tu pun cantikkan. Mana 1 ni nak pilih. Apa?? sepuloh ribu..Takpe la syg..Cancel la. I letak tikar mengkuang jela kt ruang tamu kita nanti ek. Cantik gak warna warni. Huhuhu." Tulah hati ini berkata-kata bila tgk perabot2 kat situ. (Cakap dlm hati sudah sudah sbb aku tau tunang aku pun mst cakap benda sama je.hehehe..so comfirm la guna tikar mengkuang je nti..)

Duk jalan2 kat floor yang sume perabot tu memang la 1 ape pun rasa xmampu nak beli kan. Nak beli hanger pun amboi mahalnya baik beli kat kedai 2hinggit je. Tp ada gak la brg2 yang agak mampu nak beli kat tingkat bawah skali tu. Ada gak la benda2 murah yang menarik hati. Lagipun memang kena beli gak barang kalau nak parking free kan.

hehehe...boleh pula kan g beli sudu garpu ni. tp bukan sendiri nak beli tau. En.tunang yang suruh beli. Dah boleh buat persiapan sikit2 katanya. Comel pulak en.tuang ni. Buat persiapan beli sudu ek. Itu je yang mampu.

Korang nak tahu masa tu la aku baru try makan Meatball Ikea yang jadi bualan ramai tu. Patut la ramai yang suka memang sedap x ingat la meatball ni. Aku xde lak amik gambar sebab dah syok gila kot duk melantak meatball tu walaupun masa nak beli tu aku ni cam rusa masuk kampung je. Ingatkan kan order cam foodcourt bese2 tu rupa2nya dah macam kantin sekolah. Beratur mak aih punya la panjang. Tapi xkisah la beratur panjang pun xpe janji dapat makan sehingga menjilat jari. Yummyyyyyy...korang pun mesti terliur la tu.




Nana berceloteh: Aduh..memang terliur lak dgn meatball ni.  Malam ni en.tunang ajak g ikea makan2 lg. Terpaksa la g malam hari ni kan kerja..Ikea tu tutup pukul berapa ek. Duk pikir nak beli ape lak sbb nak parking free.

Wassalam

Thursday, June 23, 2011

TERBARU dari SAMSUNG...GALAXY S II...PASTI MEMUKAU

Guys! OMG. The new #SamsungGalaxyS2 is finally here! I can't wait to get myself one today!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

bila patung jatuh cinta

Assalamualaikum

video

Penyanyi: Nera Af9 (bukan finalist pun)
Tajuk: Hatimu Milikku (Lirik

Suke dgr lagu ni. Video klip dia pun nice je. Bila patung jatuh cinta kat tuan dia tapi nasib baik patung tu tak jadi child play kan.
(Sila abaikan Farish (hero) yang tak sama tinggi dgn si Nera tu)

Wassalam

Wednesday, June 22, 2011

summon alert


  video

Assalamualaikum

Comel je kan Lisa Surihani dalam video ni. Tp korang dah buat belum summon alert dari Myeg ni. Rugi tau kalau tak buat lagi. Senang sangat cuma register je. Yang penting percuma lak tu. Bila korang kena saman korang akan terus dapat alert dari myeg samada emel atau sms.

Macam aku ni kan yang hari2 akan lalu PLUS nak ke tempat keje kadang2 terspeed la juga. Pastu boleh x perasan ada speed trap kan. Tak pasal2 kena saman. Tu pun boleh tau sbb dr summon alert ni la. Dapat tahu awal boleh bayar cepat dapat diskaun 50percen kan. Bayar lambat2 nanti kena tangkap tau. Tak sanggup la.

So kawan2 jangan lupa register summon alert kat Myeg ni ek. Bukan susah pun free lak tu.


Bila korang dah masuk kat website Myeg ni korang skroll down sampai korang nampak PDRM Summons Alert Registration - [FREE] then click pada yang anak panah tu tunjuk.


Lepas click tu akan kuar la borang mcm ni. Korang isilah borang ni selengkapnya k.


Ni lah contoh summon alert yang diemailkan. (Yang ni yang paling last kene saman buat masa ni bulan4 dulu. Tapi dah bayar tau.) 

Bila semua dah dihujung jari rugi la kan taknak guna kemudahan tu. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti bila goverment dah buat operasi cam hari tu baru la sibuk2 nak bayar saman. Lepas tu mula la da tak ingat saman yg 2-3 tahun lepas. Tiba2 ade je saman ekor la yang surat x sampai kat rumah. Adenya summon alert ni surat belum sampai rumah kita dah dapat email awal2. Senang kan. Selamat mencuba la pada sape2 yang belum buat lg.

Wassalam.





Thursday, June 16, 2011

dey....kicik punye hal mau bikin panas ke..

Assalamualaikum

Aduh...panjangnya tajuk entry kali ni. Tajuk pun dah emo post pun mst emo gak la ni. Tp  takde ape2 pun sebenarnya. Hanya tulisan utk mengingatkan diri sendiri je. Memang tak dinafikan la sekarang ni ramai yg menjadikan laman2 sosial ni sbg medium meluahkan perasaan. Aku pun kdg2 camtu gak tp apa kata sebelum bertindak mengikut perasaan baik pikir panjang2 dulu sebab akhirnya nti diri sendiri juga yg nampak bodoh.

Contoh di suatu situasi
A (org yg emo tls di status): 
Aku panas betul la dengan budak ni. Tak reti nak tepati janji. Pastu dah buat salah tu tak reti nak minta maaf sendiri. Nape nak malu pastu mst nak guna org ketiga lak minta maaf. Tak leh minta maaf sendiri ke.
B (kawan org yg emo membalas di status):
Aku pun pantang gak dgn org camtu. Ko ckp sape meh aku pijak kepala dia. Tu la dia manusia jenis bodoh sombong, pengecut, penakut, bermuka2, $%^&^*....bla..bla..bla....(kwn dia lak yg lg emo.pdhal xtau pun kisah yg betul)

Kalau korang la kan korang akan balas komen kawan2 yang tengah marah dgn ayat yg lagi mengapi2kan keadaan ke lagi2 bila xtahu kisah sebenarnya pun. Bukankah kita sebagai kawan ni bertanggungjawab untuk meredakan keadaan. Rasa2nya paling kurang pun mst korang akan balas 'sabar jela'.

Sebagai orang yang marah memang akan menulis tanpa fikir panjang sebab saat ketika tu emosi je yang mengawal pemikiran tp jangan la org yg membalas pun ikut sama tak fikir panjang panjang gak sbb orang yang membalas tu rasanya akal diorang masih waras dan masih boleh lagi mengawal keadaan kan.

P/s: Allah letakkan otak di kepala dimana akal pun di tempat yang sama. Ditempat yang paling tinggi dan mulia. Dan Allah meletakkan tapak kaki di tempat yang paling bawah. So jangan senang2 je nak pijak kepala orang nti nampak sgt x berakal.

Wassalam

Wednesday, June 15, 2011

i got it

Aku dah dapat dah. Walaupun bukan seperti yang diidamkan tp amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Hehehe...ayat xboleh blah la. Apa la yang aku nak ckp sangat ni.







Benda ni je yang aku maksudkan Nikon Coolpix P500. Ni bukan DSLR tau. Just yang biasa punya je. So kawan2 jom la buat photoshoot yang xjadi tu. Tripod pun ade tau..hehehe...=P



still dalam proses blajar dan memahami..

Wassalam

Tuesday, June 14, 2011

marah

Assalamualaikum

Marah ni terjadi apabila kita tak lagi dapat nak kawal emosi dan juga boleh dikategorikan sama dengan geram, sakit hati, panas hati, rasa tak puas hati dan byk la hati2 yg lain. Dah jelas sgt dah yang marah ni berkaitan dengan hati.  Asal pulak tiba2 je aku bg maksud marah ni kan. Nak belajar sinonim perkataan ke. Takde la sebenarnya aku cuma nak kongsi dgn semua cara2 nak mengawal kemarahan. Yela orang perempuan ni selalu la sgt dikaitkan dengan suka marah2 ni. Dan aku mmg tak terkecuali la. Suka sgt mengamuk, naik angin tak tentu pasal lagi2 bila dah sampai 'waktu' itu. Memang lagi banyak la angin dlm badan ni.

Jadi sebelum sikap suka marah2 kita ni memakan diri, jom kita sama2 belajar cara2 nak mengawal kemarahan ni.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’,ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”.Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .

3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya,selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik
-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika mengfhadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-pap.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri


(sumber: rawatan alternatif mahsuri


video


p/s: tp kalau marah2 sayang macam lagu ni boleh tak ek...=D

Sunday, May 15, 2011

kad kahwin pilihan

Assalamualaikum

Bile tgk kira2 kt sebelah tu aku ade masa 4 bulan 1 minggu 2 hari lg nk ke majlis kahwin aku. Rasanya dah elok benar la aku g buat kad kahwin kan. So kt sini aku share beberapa gambar kad kahwin. Korang boleh la bagi pendapat korang yang mana 1 plihan korang ek. Aku nak sesuatu yang simple tp cantik sgt dipandang. Nak yg simple and sweet gitu. Please help me to choose the better one. Rambang mata la.


NO 1

NO 2

NO 3

NO 4

NO 5

NO 6

NO 7

Credit: Kad Kahwin Ceria

So mana 1 pilihan kalbu ek. No 1 kah..No 2 kah..No 3 kah..ke No 4, 5 dan 6..No 7 pun ok gak..Aku buntu..hurmmm......

Wassalam

Saturday, May 14, 2011

aku dan rokok

Assalamualaikum

Oppppsssss...korang jangan salah faham lak. Topik ni nampak macam aku ni pernah hisap rokok lak kan. Bukan ape sbb sekarang aku tengah nak belajar menerima orang yg merokok ni. Yela semua orang bagi nasihat terima la dia seadanya kan. So nak terima la ni. Aku mmg cukup anti dengan rokok. Selama ni x pernah aku beli rokok untuk sape2 pun. Nak kautim dgn customer pn aku x penah nk belanja rokok. Tapi semlm gaduh punya psl aku g tebal kan muka beli rokok kt 7e. Nasib baik la casher dia pompuan. So xla malu sangat. Beli pn sbb nk bg dia hisap puas2. Nak sgt hisap kan amik la aku belanja. Geram dgn sakit hati punya pasal.

Aku ni anak tunggal pompuan dlm famli so aku mmg dikelilingi ngn kaum adam la yang memang sinonim dgn rokok ni. Abang2 ngan adik2 lelaki. Sebab nya aku ni jd x suka sgt dgn rokok ni sbb didikan dari kecil oleh ayah aku la. Aku slalu dinasihat dan diingat oleh ayah aku jgn hisap rokok. Ayah mmg cukup pantang anak2 hisap rokok sampai aku pernah dgr ayah cakap kalau ada anak2 ayah hisap rokok jangan balik rumah lg. Takut la kan dengar ayah cakap camtu. So aku mmg dikelilingi dgn famli yang x merokok. Alhamdulillah abg ngn adik2 aku mmg x merokok. Hasil didikan ayah aku yg beliau sendiri pun x merokok.

Secara jujurnya aku bukannya pandang jijik dgn org merokok ni. Ikutkan ramai je kwn2 lelaki aku yg merokok. Tp kalau boleh aku nak orang yang dekat dengan aku x merokok la kan. Orang yang akan jadi suami aku, ayah kpd anak2 aku x merokok sbb aku xnak sedih tgk anak2 aku nanti pun merokok. Kalau ayah dah merokok nasihat anak2 jgn merokok igt anak2 nak dgr ckp ke. Cam boss aku slalu ckp la klu ketua pun kuat ular, anak2 buah pun mst la ikut sama. Kita sendiri jln bengkang bengkok tp nk ajar org jalan lurus lak. Camne la tu.

Ok la, agak2 berapa lama seseorang tu boleh berhenti merokok. Dalam 1 tahun x cukup ke ek??? Pendek kata klu la korang boleh list kan 10 kebaikan merokok ni aku boleh terima org merokok dlm hidup aku. Rasanya tak banyak kot aku minta 10 je. Sebab kt sini aku boleh listkan lebih dari 10 keburukan merokok.

Apakah Keburukan Merokok?
- Asap rokok mengandungi 4000 jenis racun. Di antaranya; Nikotin, Karbon Monoksida dan Tar.
(Perokok ni hisap racun la bukan hisap jus buah2an pn yang nak kata sedap sgt tu. Baik minum je terus racun tu lg senang)

KESAN KEPADA ANDA
- Penyakit Jantung
- Barah Paru-Paru
- Lelah
- Lumpuh/Angin Ahmar
- Berkurangnya kecergasan dan keceriaan
- Kurang nafsu seks
- Cepat nampak tua
- Kulit muka berkedut
- Gigi berwarna kuning dan berkarat
- Badan dan baju berbau
- Duit cepat habis

KESAN KEPADA ISTERI ANDA
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan dan tidak cukup bulan
- Putus haid awal
- Lebih terdedah kepada kanser (kanser pangkal rahim)
- Mengurangkan kesuburan

KESAN KEPADA ANAK-ANAK ANDA
- Lebih mudah mendapat lelah (Asma)
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Anak-anak akan meniru dan menjadi perokok
 
 
Benda2 ni la yang perokok hisap sangat. Cara bunuh diri secara perlahan kan.


P/S: Tulisan ni cuma pendapat peribadi aku je. Klu ada yang terasa aku minta maaf la..

Wassalam

Sunday, April 17, 2011

SUKA + GATAL

Assalamualaikum



SUKA 
Aku dah dapat dah sijil kursus kahwin. Minggu lps aku buat kat Mahligai Firdaus Setiawangsa.
Dah lepas dah 1 step nak kahwin  ni.
LEGA...=D


GATAL
Apa lagi kan..dah dapat sijil kursus kahwin ni tambah berkobar2 la nak kahwin.
Aishhhh....tak sabar2 betul nak kahwin padahal banyak lagi benda nak kena buat tau.
GATAL btoi la hang ni...=P



JENG...JENG...JENG....!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAA!!!!



ni lah rupa sijil yang aku dapat semalam..
excited plus bertambah semangat untuk ke hari itu..=D



nota kaki: Masih berbaki 5 bulan 1 minggu ke hari itu. Masih awal kot nak buat persiapan..Kata excited tp ape pn x buat lagi...

Wassalam







Wednesday, April 6, 2011

DONE..DONE..DONE...

Assalamualaikum

Wah...satu persatu dah ditanda dalam checklist aku.

Harap semuanya akan siap ditanda sehingga ke hari itu.

Berdoa semoga semua berjalan seperti yg diharapkan.

Amin.

Wassalam

Saturday, April 2, 2011

RESTORAN CERANA, CHERAS

Assalamualaikum

Hari ni tiba2 lak rasa nak share tempat makan feveret aku gak la. Bukan apa sebenarnya restoran ni sangat2 dekat dengan rumah aku. 10 minit je kot. Selain tu kat restoran ni ade seafood yang memang menjadi feveret aku terutamanya ketam. Aku tak la mahir sangat nak tahu seafood ni fresh ke tak tapi faham2 jela restoran tgh2 bandar KL bukannya tepi sungai ke pantai ke. Janji dapat memenuhi selera aku kira ok la tu.

Restoran ni terletak betul2 belakang Petronas dan agak terlindung sikit. Pada mereka yang pertama kali lalu dekat kawasan tu memang tak kan sangka ada restoran dekat kawasan tu. Menariknya restoran ni dibina atas tasik buatan. Lagi la tak sangka kan. Pertama kali aku datang ke restoran ni memang rasa mendamaikan. Lagi2 dpt layan music live gak dari penyanyi restoran ni sendiri. Tapi harganya boleh tahan jugak. Kalau nak mkn hari2 memang xdapat la. Siap ade servis tax tu. Sekali sekala mengidam tu boleh la.

Enjoy la gamba2 restoran ni k.

Selamat Datang Restoran Cerana

Tu la penyanyi restoran yg menghiburkan kitorg

Air terjun buatan (gamba tasik xdpt amik sbb gelap)

Famli dinner mmg sesuai kt sini

Kudapan pembuka selera

Ketam blackpaper

Asparagus goreng belacan

Butter prawn

Sotong bakar (dihidang dgn kicap n air asam yg sgt pekat)

Kami punya dinner (2org je mkn..maklum la kami mmg suka melantak..hehe)

Shiha Mentor 5 (protoge k.pah) pun penyanyi dr restoran ni

Salah 1 ruang mkn yg betul2 mengadap pentas


Nota kaki: Aku cuma nk berkongsi apa yg aku suka je. Tapi kalau ada sape2 yg penah cuba makan kt cni dan rasa restoran ni biase2 je xpe la. Ini cume pendapat aku je. Lain org lain la seleranya kan.

Wassalam

Thursday, March 31, 2011

BUTA

Assalamualaikum

Kawan : Ade cerita ni nak bagitau.

Aku : Apa dia?

Kawan: Hari tu ko dgn Amir ada g lab sama2 ek.

Aku: Ada. Yang hari tu la.

Kawan: Kat lab tu ade BF aku dgn technician X kan (tak ingat X tu nama siapa)

Aku: A'ah. Diorg la yg ada hari tu.

Kawan: X tu dia cerita kat BF aku "Tengok la tu Engineer BUTA. Tunang dengan technician yg duk buat cube je."

Aku: ????? (Tersentap dan hilang kata2)


Betul ke aku buta?


"yg pnting mata hati x buta..hikhik - Sunita Harun"

"mcm org bute main keyboard kt paso mggu bwh tiang lapu...wlaupun bute mate, tp celik muzik n hati..hahha- Mursyid"

(Respon dr kawan2 aku di facebook)


Kalau aku tunang dengan technician lab macam X tu, agak2 X akan cakap aku ni Engineer BUTA jugak ke.

Hurmmmmmmm.....=(

Wassalam

Wednesday, March 23, 2011

apa cita-cita awak?

Assalamualaikum

Teringat zaman sekolah rendah dulu2. Setiap kali mula sesi baru mesti akan ada sesi perkenalan. Kat sesi perkenalan ni lak mesti cikgu akan tanya nama, duduk mana, hobi dengan cita-cita. Ni antara soalan2 femes cikgu la masa tu. Bile tang cita-cita tu aku rasa tiap2 tahun bertukar-tukar kot. Kecik2 dah x tetap pendirian.

Aku la kan masa darjah 1 bila tiap kali cikgu tanya pasal cita-cita mesti jawab doktor (antara cita-cita paling glamer di kalangan murid2 time tu.). Memang da hafal la nk jawab apa. Dalam kepala ni duk berputar nak ckp "cita-cita saya nak jadi doktor" sambil terketar2. Maklum la darjah 1. Tup2 darjah 2 tukar lak cita2 nak jadi cikgu. Dengan bangga lak tu bagitau kat ayah da besar nanti nak jadi cikgu. Bila ayah tanya kenapa nak jadi cikgu. Ni la sebabnya "Jadi cikgu boleh dpt banyak hadiah". Ni kes terpengaruh tgk cikgu dapat banyak hadiah masa hari guru la ni.

Ntah la aku sendiri pun da x ingat brape banyak cita2 aku. Yang paling best masa aku darjah 4 la kot. Cikgu suruh buat karangan pasal diri sendiri. Lepas tu cikgu pilih random suruh lak baca karangan tu. Ada la budak kelas aku baca karangan dia. Bila sampai kat ayat cita-cita saya ialah saintis. Terus aku terfikir wahhhh...bombastik nya cita-cita dia. Lalu aku masa darjah 5 terus tukar cita2 nak jadi saintis gak. Budak2 dengar pn cam wow je. Padahal aku sendiri pun xpasti apa la kerjanya saintis tu.

Tu baru xtau pasal saintis. Belum lagi aku langsung tak tahu apa itu jurutera. Memang bile dengar kawan sekelas bgtahu cita2 dia jurutera a.k.a engineer aku mmg xtau langsung kewujudan pekerjaan tu. Ada yang bagitau jurutera ni kerjanya buat rumah. Budak2 kecik ape kelas nak cita-cita kerja buat rumah. Tak hebat langsung kan. So aku menolak untuk bercita-cita sebagai jurutera. Tapi nah ape yang aku jadi sekarang. Aku sekarang adalah seorg Jurutera dan aku bangga kerana aku seorg Jurutera. Walaupun aku bukan seorang jurutera yg buat rumah. Hehe.. Sekarang baru aku tahu kerjaya seorang Jurutera ni adalah salah 1 kerjaya yg hebat. Agak setanding gak la dengan semua cita2 aku dulu walaupun masa tu aku menolak untuk menjadi seorang jurutera ni.

Actually aku tulis entry ni sbb adik aku amik result SPM hari ni. Result dia boleh la padan la kot dengan dia yang suka main2 ngan bercinta je. Tapi 1 je pesanan buat adik aku dan semua adik2 yang amik SPM hari ni. Keputusan SPM bukan la 100% penentu masa depan kita. Siapa kita pada masa depan tu sebenarnya atas usaha kita sendiri. Kurang berjaya dalam SPM bukan bermakna tak ade masa depan tau. Jangan frust sangat. Jadi kan keputusan yg kurang cemerlang tu sebagai pemangkin untuk berjaya. Ni sebenarnya permulaan masa depan. Jadi selamat berjaya semua.

Wassalam

Tuesday, February 22, 2011

1st post di tahun 2011

Assalamualaikum

Tahun 2010 byk perkara yg aku lalui. Terlampau banyak. Pembukaan tahun itu penuh dgn kisah sedih dan menyakitkan. Banyak sungguh linangan air mata aku mengalir. Sering aku menyalahkan diri aku sendiri dgn apa yg terjadi. Tetapi sedikit demi sedikit perjalan hidup aku pd tahun itu berubah. Aku sudah boleh mula senyum dan dpt merasakan bahgia sekali lagi dgn kehadiran dia. Apa yg plg membahgiakan aku pd tahun itu juga aku menamatkannya dgn 1 sejarah manis dlm hidup aku. Alhamdulillah. Syukur sgt2 aku kepada-Nya. Mungkin ini la hikmah pada kesedihan yg aky lalui pd awalnya.

Dan diri ini seringkali berdoa agar perbukaan tahun 2011 yg bahgia ini akan terus berpanjangan sepanjang tahun dan akan terus sampai bila2. Aku juga berdoa agar segala perancangan sepanjang tahun ini berjalan lancar. Ya..aku cukup bahgia dgn dia. byk ssh n sng kami lalui bersama. Syukur pd Allah krn ketemukan aku dgn die.  Diri ini mmg cukup xsabar menantikan saat menjadi surinya. Everyday i fall in luv with him. Thanx Abg..becoz of u i can get back my smile..

Sekian