Tuesday, June 28, 2011

OH NO!!!!!!!!

Assalamualaikum

Kena bagi salam gak kalau nak menjerit pun. Ce tengok..ce tengok..kat sebelah tu..

2 BULAN 3 MINGGU 5 HARI

Cam mane ni..cam mane ni..badan tengah gemuk lagi..aduh.....

Wassalam

Nota kaki nana: Tgh buat tempat telur di waktu kerja..

Monday, June 27, 2011

Ragam Pemandu Kita

Assalamualaikum

Pagi2 yang sejuk menggigil sbb ujan2 pun pasang aircond ni aku nak berceloteh sikit pasal pemandu2 kita ni. Tak kira la laki ke pempuan ke, muda ke tua ke, bawa kereta besar ke kereta kecil warna merah pon..pon..pon.pon..boleh ku bawa ke sekolah ke. Boleh dikatakan aku ni hari2 la kot pegi kerja kena travel jauh. Jauh la sgt kan. KL - Nilai je kot. Tp hari2 la aku akan lalu kat Lebuhraya Utara Selatan atau lebih glamernye dgn pangilan PLUS ni. So hari2 la aku terpaksa berdepan dgn macam2 karenah driver kita ni. Kadang2 ada gak la kuar sumpahan2 kramat dari mulut aku yang comel lotey ni. Bukan itu yang aku pinta tapi drebar2 kita ni la yang paksa aku buat semua tu. Pagi2 je dah buat dahi aku kerut 14. Angin lak dah naik satu badan. Erkkk...erkkkk...erkkkk....


1. Pemandu Lelaki
- Selalu yang aku kena dgn pemandu kaum ni kan mmg sgt dikenali jenis ego dan taknak kalah. Kau dah la bawa kereta dengan riang ria ribena nya sambil hisap dunhill malboro gudang garam bagai. Duk fuhhh...fuhhhh...fuhhhhh...Bila tgk Viva Cooper aku berdesup melintas kau mula la terus tak puas hati. Ego lelaki tercabar la tu bila tgk ada gadis yang agak cun sbb pakai sunglass Bonia je pastu bawa Viva Cooper yang bukan turbo lak tu melintas kau tanpa pandang sedikit pun kat kau yang konon2 macho bawa kereta Wira Lancer sambil menghembuskan karbon monoside ke ruang udara. Bila dah tak puas hati tu mula la kau pun bedesup melintas aku sambil memandang aku dgn sengihan kambing dan hidung kembang kempis tu. Aduh bro aku bukan nya nak lumba kereta dgn kau la. Dah kau tadi bw kereta baik punya syoknye aku lintas la. Aku ni nak cepat dah lambat masuk kerja. Lelaki ni nak ego memang tak kena tempat la.


2. Pemandu Bas
- Bab ni aku memang rasa cam nak naik hantu la. Aku da bawa sikit ikut peraturan had laju yang ditetapkan.  Pendek kata bagi org mudah paham kan aku ni dah bawa 110km/j di lorong tengah tapi elok je ada bas duk cucuk2 kat belakang. Amboi..biar betul bas ni berapa laju yang dia nak bawa. Takkan nak bawa sampai 160km/j kot. Kau ingat la sikit kau tu bawa banyak nyawa kat dalam tu. Takkan tak jadi kan Tragedi bas Delima tu sebagai iktibar. Kau tu bukan je membahayakan nyawa penumpang2 kau tapi pengguna2 jalan tu gak terutama aku yang kau duk cucuk ni. Tapi untuk bagi sedikit pengajaran aku pun apa lagi menslowkan kereta aku dari hadlaju 110km/j ke 90km/j. So secara tidak langsung bas tadi pun akan ikut hadlaju aku. Lantak la kau nak sumpah seranah ke apa janji ko bawa tu ikut hadlaju yang ditetapkan. Aku lak macam suka je kena2 cucuk ni bukan apa cuma aku taknak la tragedi Oktober tu berulang lagi. Ngeri u...


3. Pemandu Veteran
- Pemandu kategori ni kadang2 jela aku jumpa kat highway ni tapi kadang2 kalau ada tu rasa angin tu nak naik gak la 1 badan. Wahai makcik2 pakcik2 saya bukan nye nak memperlekehkan cara pemanduan anda nti tak pasal2 dikata derhaka lak. Kena sumpah jd batu taknak la aku. Cuma kadang aku memang nak marah pun ada tp jangan cakap aku tak hormat org tua lak. Cuma saya nak cakap sikit ni makcik2 pakcik2 kalau makcik2 dengan pakcik2 nak bawa makan2 angin 50km/j ke 70km/j je tolong la jangan bawa kat lorong tengah ek, lorong kanan sekali tu lagi la jangan tau. Seelok2nya makcik2 pakcik2 bawa la di lorong yang paling kiri sekali. Lorong tu paling sesuai utk makcik2 pakcik2 kalau nak makan angin tau. Kesian anak2 nak cepat pergi kerja ni. Boleh kan bagi laluan kat kami dulu.


4. Pemandu motosikal
- Yang ni lak jenis aku la raja ni atas ini jalan. Eksyen nye dia bukan main. Elok kau ada lorong motosikal tu yang kau nak jugak duk lorong kenderaan2 yang besar dari kau ni kenapa. Walaupun aku ni naik cuma Viva Cooper je tp yang penting tayar aku ada empat so aku bayar tau guna jalan ni. Kau tu tayar dua je free lak tu. Tolong la jgn berlagak cam kau tu Mail Lambung lak. Dah la bawa motor ikut jalan kereta pastu macam biase la bawa motor cam jalan ni aku yang punya. Aku tau kau tu naik LC tapi kenapa kau nak bawa motor macam Honda Cup lampu bulat lak. Please la..please la..kau nak buat macam tu sila buat kat lorong motor ok. Kat lorong besar ni kau tak sesuai. Ada faham.

Macam2 sebenarnya karenah pemandu2 kita ni. Belum lagi jenis manusia yang suka2 potong Q masa nak bayar tol, jenis manusia yang tak reti2 nak bagi signal  kalau nak masuk lorong (bese kereta mahal dan besar selalu buat macam ni. kecian kereta mahal tapi mentol signal dah rosak takde duit nak tukar), ada gak masa nak bayar tol elok je dia duk lalu kat lorong touch n go pastu tiba2 berdesup masuk lorong tunai kat kiri sekali lak tu (kenape?lupa topup touch n go ke bang??) dan memang banyak lagi la. Tak sedar ke apa yang diorang buat ni membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.

Aku kalau boleh nak je cerita panjang lebar lagi. Tapi aku rasa otak aku ni dah beku lak sebab gila punya sejuk aircond ni. Tangan duk menaip ni pun dah mengigil-gigil dah. So sebagai nasihat jadi lah pemandu yang berhemat.

Wassalam.

Nota kaki Nana: Dah dapat dah baju beli kt on9 hari tu. Nasib baik puas hati.

Saturday, June 25, 2011

IKEA ohhhhh IKEA

Assalamualaikum

Aku saje nak kongsi cerita hari Ahad 2 minggu lepas aku g IKEA (ceh,,g ikea pun nak cerita ke.bukannya g KOREA pun.huhuhu..). Hei..hei..hei...bukan senang tau aku nak gi Ikea ni. En.Tunang tu kalau boleh hari Ahad  dia nak tidur je. Jangan harap la dapat g jauh2 tu. Cheras dgn Damansara jauh ok. Midvalley pun dia boleh kata jauh. Kalau boleh asyik nk berjalan kat Jusco yg mmg sekangkang kera je dari rumah ni. (Aku kat Jusco tu dah boleh jalan2 sambil tutup mata kot.. Yela..hampir tiap2 hari kot aku g). Dapat pergi ni pun lepas aku merajuk siap mengamuk lagi. Hehehe. Ambik kau aku dah buat drama lagi bila ntah nak maturednya.

Biasa lah kalau dah jalan2 kat Ikea ni memang sekadar cuci mata jela mampu. Cuci mata pastu berangan pastu cuci mata balik. "Oh...i nak ruang tamu yang macam tu la syg..Tp yang tu pun cantikkan. Mana 1 ni nak pilih. Apa?? sepuloh ribu..Takpe la syg..Cancel la. I letak tikar mengkuang jela kt ruang tamu kita nanti ek. Cantik gak warna warni. Huhuhu." Tulah hati ini berkata-kata bila tgk perabot2 kat situ. (Cakap dlm hati sudah sudah sbb aku tau tunang aku pun mst cakap benda sama je.hehehe..so comfirm la guna tikar mengkuang je nti..)

Duk jalan2 kat floor yang sume perabot tu memang la 1 ape pun rasa xmampu nak beli kan. Nak beli hanger pun amboi mahalnya baik beli kat kedai 2hinggit je. Tp ada gak la brg2 yang agak mampu nak beli kat tingkat bawah skali tu. Ada gak la benda2 murah yang menarik hati. Lagipun memang kena beli gak barang kalau nak parking free kan.

hehehe...boleh pula kan g beli sudu garpu ni. tp bukan sendiri nak beli tau. En.tunang yang suruh beli. Dah boleh buat persiapan sikit2 katanya. Comel pulak en.tuang ni. Buat persiapan beli sudu ek. Itu je yang mampu.

Korang nak tahu masa tu la aku baru try makan Meatball Ikea yang jadi bualan ramai tu. Patut la ramai yang suka memang sedap x ingat la meatball ni. Aku xde lak amik gambar sebab dah syok gila kot duk melantak meatball tu walaupun masa nak beli tu aku ni cam rusa masuk kampung je. Ingatkan kan order cam foodcourt bese2 tu rupa2nya dah macam kantin sekolah. Beratur mak aih punya la panjang. Tapi xkisah la beratur panjang pun xpe janji dapat makan sehingga menjilat jari. Yummyyyyyy...korang pun mesti terliur la tu.




Nana berceloteh: Aduh..memang terliur lak dgn meatball ni.  Malam ni en.tunang ajak g ikea makan2 lg. Terpaksa la g malam hari ni kan kerja..Ikea tu tutup pukul berapa ek. Duk pikir nak beli ape lak sbb nak parking free.

Wassalam

Thursday, June 23, 2011

TERBARU dari SAMSUNG...GALAXY S II...PASTI MEMUKAU

Guys! OMG. The new #SamsungGalaxyS2 is finally here! I can't wait to get myself one today!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

bila patung jatuh cinta

Assalamualaikum


Penyanyi: Nera Af9 (bukan finalist pun)
Tajuk: Hatimu Milikku (Lirik

Suke dgr lagu ni. Video klip dia pun nice je. Bila patung jatuh cinta kat tuan dia tapi nasib baik patung tu tak jadi child play kan.
(Sila abaikan Farish (hero) yang tak sama tinggi dgn si Nera tu)

Wassalam

Wednesday, June 22, 2011

summon alert


 

Assalamualaikum

Comel je kan Lisa Surihani dalam video ni. Tp korang dah buat belum summon alert dari Myeg ni. Rugi tau kalau tak buat lagi. Senang sangat cuma register je. Yang penting percuma lak tu. Bila korang kena saman korang akan terus dapat alert dari myeg samada emel atau sms.

Macam aku ni kan yang hari2 akan lalu PLUS nak ke tempat keje kadang2 terspeed la juga. Pastu boleh x perasan ada speed trap kan. Tak pasal2 kena saman. Tu pun boleh tau sbb dr summon alert ni la. Dapat tahu awal boleh bayar cepat dapat diskaun 50percen kan. Bayar lambat2 nanti kena tangkap tau. Tak sanggup la.

So kawan2 jangan lupa register summon alert kat Myeg ni ek. Bukan susah pun free lak tu.


Bila korang dah masuk kat website Myeg ni korang skroll down sampai korang nampak PDRM Summons Alert Registration - [FREE] then click pada yang anak panah tu tunjuk.


Lepas click tu akan kuar la borang mcm ni. Korang isilah borang ni selengkapnya k.


Ni lah contoh summon alert yang diemailkan. (Yang ni yang paling last kene saman buat masa ni bulan4 dulu. Tapi dah bayar tau.) 

Bila semua dah dihujung jari rugi la kan taknak guna kemudahan tu. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti bila goverment dah buat operasi cam hari tu baru la sibuk2 nak bayar saman. Lepas tu mula la da tak ingat saman yg 2-3 tahun lepas. Tiba2 ade je saman ekor la yang surat x sampai kat rumah. Adenya summon alert ni surat belum sampai rumah kita dah dapat email awal2. Senang kan. Selamat mencuba la pada sape2 yang belum buat lg.

Wassalam.





Thursday, June 16, 2011

dey....kicik punye hal mau bikin panas ke..

Assalamualaikum

Aduh...panjangnya tajuk entry kali ni. Tajuk pun dah emo post pun mst emo gak la ni. Tp  takde ape2 pun sebenarnya. Hanya tulisan utk mengingatkan diri sendiri je. Memang tak dinafikan la sekarang ni ramai yg menjadikan laman2 sosial ni sbg medium meluahkan perasaan. Aku pun kdg2 camtu gak tp apa kata sebelum bertindak mengikut perasaan baik pikir panjang2 dulu sebab akhirnya nti diri sendiri juga yg nampak bodoh.

Contoh di suatu situasi
A (org yg emo tls di status): 
Aku panas betul la dengan budak ni. Tak reti nak tepati janji. Pastu dah buat salah tu tak reti nak minta maaf sendiri. Nape nak malu pastu mst nak guna org ketiga lak minta maaf. Tak leh minta maaf sendiri ke.
B (kawan org yg emo membalas di status):
Aku pun pantang gak dgn org camtu. Ko ckp sape meh aku pijak kepala dia. Tu la dia manusia jenis bodoh sombong, pengecut, penakut, bermuka2, $%^&^*....bla..bla..bla....(kwn dia lak yg lg emo.pdhal xtau pun kisah yg betul)

Kalau korang la kan korang akan balas komen kawan2 yang tengah marah dgn ayat yg lagi mengapi2kan keadaan ke lagi2 bila xtahu kisah sebenarnya pun. Bukankah kita sebagai kawan ni bertanggungjawab untuk meredakan keadaan. Rasa2nya paling kurang pun mst korang akan balas 'sabar jela'.

Sebagai orang yang marah memang akan menulis tanpa fikir panjang sebab saat ketika tu emosi je yang mengawal pemikiran tp jangan la org yg membalas pun ikut sama tak fikir panjang panjang gak sbb orang yang membalas tu rasanya akal diorang masih waras dan masih boleh lagi mengawal keadaan kan.

P/s: Allah letakkan otak di kepala dimana akal pun di tempat yang sama. Ditempat yang paling tinggi dan mulia. Dan Allah meletakkan tapak kaki di tempat yang paling bawah. So jangan senang2 je nak pijak kepala orang nti nampak sgt x berakal.

Wassalam

Wednesday, June 15, 2011

i got it

Aku dah dapat dah. Walaupun bukan seperti yang diidamkan tp amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Hehehe...ayat xboleh blah la. Apa la yang aku nak ckp sangat ni.







Benda ni je yang aku maksudkan Nikon Coolpix P500. Ni bukan DSLR tau. Just yang biasa punya je. So kawan2 jom la buat photoshoot yang xjadi tu. Tripod pun ade tau..hehehe...=P



still dalam proses blajar dan memahami..

Wassalam

Tuesday, June 14, 2011

marah

Assalamualaikum

Marah ni terjadi apabila kita tak lagi dapat nak kawal emosi dan juga boleh dikategorikan sama dengan geram, sakit hati, panas hati, rasa tak puas hati dan byk la hati2 yg lain. Dah jelas sgt dah yang marah ni berkaitan dengan hati.  Asal pulak tiba2 je aku bg maksud marah ni kan. Nak belajar sinonim perkataan ke. Takde la sebenarnya aku cuma nak kongsi dgn semua cara2 nak mengawal kemarahan. Yela orang perempuan ni selalu la sgt dikaitkan dengan suka marah2 ni. Dan aku mmg tak terkecuali la. Suka sgt mengamuk, naik angin tak tentu pasal lagi2 bila dah sampai 'waktu' itu. Memang lagi banyak la angin dlm badan ni.

Jadi sebelum sikap suka marah2 kita ni memakan diri, jom kita sama2 belajar cara2 nak mengawal kemarahan ni.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’,ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”.Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .

3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya,selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik
-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika mengfhadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-pap.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri


(sumber: rawatan alternatif mahsuri




p/s: tp kalau marah2 sayang macam lagu ni boleh tak ek...=D