Wednesday, March 23, 2011

apa cita-cita awak?

Assalamualaikum

Teringat zaman sekolah rendah dulu2. Setiap kali mula sesi baru mesti akan ada sesi perkenalan. Kat sesi perkenalan ni lak mesti cikgu akan tanya nama, duduk mana, hobi dengan cita-cita. Ni antara soalan2 femes cikgu la masa tu. Bile tang cita-cita tu aku rasa tiap2 tahun bertukar-tukar kot. Kecik2 dah x tetap pendirian.

Aku la kan masa darjah 1 bila tiap kali cikgu tanya pasal cita-cita mesti jawab doktor (antara cita-cita paling glamer di kalangan murid2 time tu.). Memang da hafal la nk jawab apa. Dalam kepala ni duk berputar nak ckp "cita-cita saya nak jadi doktor" sambil terketar2. Maklum la darjah 1. Tup2 darjah 2 tukar lak cita2 nak jadi cikgu. Dengan bangga lak tu bagitau kat ayah da besar nanti nak jadi cikgu. Bila ayah tanya kenapa nak jadi cikgu. Ni la sebabnya "Jadi cikgu boleh dpt banyak hadiah". Ni kes terpengaruh tgk cikgu dapat banyak hadiah masa hari guru la ni.

Ntah la aku sendiri pun da x ingat brape banyak cita2 aku. Yang paling best masa aku darjah 4 la kot. Cikgu suruh buat karangan pasal diri sendiri. Lepas tu cikgu pilih random suruh lak baca karangan tu. Ada la budak kelas aku baca karangan dia. Bila sampai kat ayat cita-cita saya ialah saintis. Terus aku terfikir wahhhh...bombastik nya cita-cita dia. Lalu aku masa darjah 5 terus tukar cita2 nak jadi saintis gak. Budak2 dengar pn cam wow je. Padahal aku sendiri pun xpasti apa la kerjanya saintis tu.

Tu baru xtau pasal saintis. Belum lagi aku langsung tak tahu apa itu jurutera. Memang bile dengar kawan sekelas bgtahu cita2 dia jurutera a.k.a engineer aku mmg xtau langsung kewujudan pekerjaan tu. Ada yang bagitau jurutera ni kerjanya buat rumah. Budak2 kecik ape kelas nak cita-cita kerja buat rumah. Tak hebat langsung kan. So aku menolak untuk bercita-cita sebagai jurutera. Tapi nah ape yang aku jadi sekarang. Aku sekarang adalah seorg Jurutera dan aku bangga kerana aku seorg Jurutera. Walaupun aku bukan seorang jurutera yg buat rumah. Hehe.. Sekarang baru aku tahu kerjaya seorang Jurutera ni adalah salah 1 kerjaya yg hebat. Agak setanding gak la dengan semua cita2 aku dulu walaupun masa tu aku menolak untuk menjadi seorang jurutera ni.

Actually aku tulis entry ni sbb adik aku amik result SPM hari ni. Result dia boleh la padan la kot dengan dia yang suka main2 ngan bercinta je. Tapi 1 je pesanan buat adik aku dan semua adik2 yang amik SPM hari ni. Keputusan SPM bukan la 100% penentu masa depan kita. Siapa kita pada masa depan tu sebenarnya atas usaha kita sendiri. Kurang berjaya dalam SPM bukan bermakna tak ade masa depan tau. Jangan frust sangat. Jadi kan keputusan yg kurang cemerlang tu sebagai pemangkin untuk berjaya. Ni sebenarnya permulaan masa depan. Jadi selamat berjaya semua.

Wassalam

2 comments:

Husna Hadzarami said...

Ala, baru ingat nak buat post pasal SPM...

fndrocka said...

Masa sekolah dulu cita2 aku nak jadi ahli perniagaan..masih belum tercapai