Thursday, June 23, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

bila patung jatuh cinta

Assalamualaikum


Penyanyi: Nera Af9 (bukan finalist pun)
Tajuk: Hatimu Milikku (Lirik) 

Suke dgr lagu ni. Video klip dia pun nice je. Bila patung jatuh cinta kat tuan dia tapi nasib baik patung tu tak jadi child play kan.
(Sila abaikan Farish (hero) yang tak sama tinggi dgn si Nera tu)

Wassalam

Wednesday, June 22, 2011

summon alert


 

Assalamualaikum

Comel je kan Lisa Surihani dalam video ni. Tp korang dah buat belum summon alert dari Myeg ni. Rugi tau kalau tak buat lagi. Senang sangat cuma register je. Yang penting percuma lak tu. Bila korang kena saman korang akan terus dapat alert dari myeg samada emel atau sms.

Macam aku ni kan yang hari2 akan lalu PLUS nak ke tempat keje kadang2 terspeed la juga. Pastu boleh x perasan ada speed trap kan. Tak pasal2 kena saman. Tu pun boleh tau sbb dr summon alert ni la. Dapat tahu awal boleh bayar cepat dapat diskaun 50percen kan. Bayar lambat2 nanti kena tangkap tau. Tak sanggup la.

So kawan2 jangan lupa register summon alert kat Myeg ni ek. Bukan susah pun free lak tu.


Bila korang dah masuk kat website Myeg ni korang skroll down sampai korang nampak PDRM Summons Alert Registration - [FREE] then click pada yang anak panah tu tunjuk.


Lepas click tu akan kuar la borang mcm ni. Korang isilah borang ni selengkapnya k.


Ni lah contoh summon alert yang diemailkan. (Yang ni yang paling last kene saman buat masa ni bulan4 dulu. Tapi dah bayar tau.) 

Bila semua dah dihujung jari rugi la kan taknak guna kemudahan tu. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti bila goverment dah buat operasi cam hari tu baru la sibuk2 nak bayar saman. Lepas tu mula la da tak ingat saman yg 2-3 tahun lepas. Tiba2 ade je saman ekor la yang surat x sampai kat rumah. Adenya summon alert ni surat belum sampai rumah kita dah dapat email awal2. Senang kan. Selamat mencuba la pada sape2 yang belum buat lg.

Wassalam.





Thursday, June 16, 2011

dey....kicik punye hal mau bikin panas ke..

Assalamualaikum

Aduh...panjangnya tajuk entry kali ni. Tajuk pun dah emo post pun mst emo gak la ni. Tp  takde ape2 pun sebenarnya. Hanya tulisan utk mengingatkan diri sendiri je. Memang tak dinafikan la sekarang ni ramai yg menjadikan laman2 sosial ni sbg medium meluahkan perasaan. Aku pun kdg2 camtu gak tp apa kata sebelum bertindak mengikut perasaan baik pikir panjang2 dulu sebab akhirnya nti diri sendiri juga yg nampak bodoh.

Contoh di suatu situasi
A (org yg emo tls di status): 
Aku panas betul la dengan budak ni. Tak reti nak tepati janji. Pastu dah buat salah tu tak reti nak minta maaf sendiri. Nape nak malu pastu mst nak guna org ketiga lak minta maaf. Tak leh minta maaf sendiri ke.
B (kawan org yg emo membalas di status):
Aku pun pantang gak dgn org camtu. Ko ckp sape meh aku pijak kepala dia. Tu la dia manusia jenis bodoh sombong, pengecut, penakut, bermuka2, $%^&^*....bla..bla..bla....(kwn dia lak yg lg emo.pdhal xtau pun kisah yg betul)

Kalau korang la kan korang akan balas komen kawan2 yang tengah marah dgn ayat yg lagi mengapi2kan keadaan ke lagi2 bila xtahu kisah sebenarnya pun. Bukankah kita sebagai kawan ni bertanggungjawab untuk meredakan keadaan. Rasa2nya paling kurang pun mst korang akan balas 'sabar jela'.

Sebagai orang yang marah memang akan menulis tanpa fikir panjang sebab saat ketika tu emosi je yang mengawal pemikiran tp jangan la org yg membalas pun ikut sama tak fikir panjang panjang gak sbb orang yang membalas tu rasanya akal diorang masih waras dan masih boleh lagi mengawal keadaan kan.

P/s: Allah letakkan otak di kepala dimana akal pun di tempat yang sama. Ditempat yang paling tinggi dan mulia. Dan Allah meletakkan tapak kaki di tempat yang paling bawah. So jangan senang2 je nak pijak kepala orang nti nampak sgt x berakal.

Wassalam

Wednesday, June 15, 2011

i got it

Aku dah dapat dah. Walaupun bukan seperti yang diidamkan tp amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Hehehe...ayat xboleh blah la. Apa la yang aku nak ckp sangat ni.







Benda ni je yang aku maksudkan Nikon Coolpix P500. Ni bukan DSLR tau. Just yang biasa punya je. So kawan2 jom la buat photoshoot yang xjadi tu. Tripod pun ade tau..hehehe...=P



still dalam proses blajar dan memahami..

Wassalam

Tuesday, June 14, 2011

marah

Assalamualaikum

Marah ni terjadi apabila kita tak lagi dapat nak kawal emosi dan juga boleh dikategorikan sama dengan geram, sakit hati, panas hati, rasa tak puas hati dan byk la hati2 yg lain. Dah jelas sgt dah yang marah ni berkaitan dengan hati.  Asal pulak tiba2 je aku bg maksud marah ni kan. Nak belajar sinonim perkataan ke. Takde la sebenarnya aku cuma nak kongsi dgn semua cara2 nak mengawal kemarahan. Yela orang perempuan ni selalu la sgt dikaitkan dengan suka marah2 ni. Dan aku mmg tak terkecuali la. Suka sgt mengamuk, naik angin tak tentu pasal lagi2 bila dah sampai 'waktu' itu. Memang lagi banyak la angin dlm badan ni.

Jadi sebelum sikap suka marah2 kita ni memakan diri, jom kita sama2 belajar cara2 nak mengawal kemarahan ni.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’,ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”.Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .

3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya,selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4.Komunikasi yang baik
-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika mengfhadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-pap.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri


(sumber: rawatan alternatif mahsuri) 




p/s: tp kalau marah2 sayang macam lagu ni boleh tak ek...=D

Sunday, May 15, 2011

kad kahwin pilihan

Assalamualaikum

Bile tgk kira2 kt sebelah tu aku ade masa 4 bulan 1 minggu 2 hari lg nk ke majlis kahwin aku. Rasanya dah elok benar la aku g buat kad kahwin kan. So kt sini aku share beberapa gambar kad kahwin. Korang boleh la bagi pendapat korang yang mana 1 plihan korang ek. Aku nak sesuatu yang simple tp cantik sgt dipandang. Nak yg simple and sweet gitu. Please help me to choose the better one. Rambang mata la.


NO 1

NO 2

NO 3

NO 4

NO 5

NO 6

NO 7

Credit: Kad Kahwin Ceria

So mana 1 pilihan kalbu ek. No 1 kah..No 2 kah..No 3 kah..ke No 4, 5 dan 6..No 7 pun ok gak..Aku buntu..hurmmm......

Wassalam