Wednesday, June 22, 2011

summon alert


  video

Assalamualaikum

Comel je kan Lisa Surihani dalam video ni. Tp korang dah buat belum summon alert dari Myeg ni. Rugi tau kalau tak buat lagi. Senang sangat cuma register je. Yang penting percuma lak tu. Bila korang kena saman korang akan terus dapat alert dari myeg samada emel atau sms.

Macam aku ni kan yang hari2 akan lalu PLUS nak ke tempat keje kadang2 terspeed la juga. Pastu boleh x perasan ada speed trap kan. Tak pasal2 kena saman. Tu pun boleh tau sbb dr summon alert ni la. Dapat tahu awal boleh bayar cepat dapat diskaun 50percen kan. Bayar lambat2 nanti kena tangkap tau. Tak sanggup la.

So kawan2 jangan lupa register summon alert kat Myeg ni ek. Bukan susah pun free lak tu.


Bila korang dah masuk kat website Myeg ni korang skroll down sampai korang nampak PDRM Summons Alert Registration - [FREE] then click pada yang anak panah tu tunjuk.


Lepas click tu akan kuar la borang mcm ni. Korang isilah borang ni selengkapnya k.


Ni lah contoh summon alert yang diemailkan. (Yang ni yang paling last kene saman buat masa ni bulan4 dulu. Tapi dah bayar tau.) 

Bila semua dah dihujung jari rugi la kan taknak guna kemudahan tu. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti bila goverment dah buat operasi cam hari tu baru la sibuk2 nak bayar saman. Lepas tu mula la da tak ingat saman yg 2-3 tahun lepas. Tiba2 ade je saman ekor la yang surat x sampai kat rumah. Adenya summon alert ni surat belum sampai rumah kita dah dapat email awal2. Senang kan. Selamat mencuba la pada sape2 yang belum buat lg.

Wassalam.





No comments: