Monday, June 27, 2011

Ragam Pemandu Kita

Assalamualaikum

Pagi2 yang sejuk menggigil sbb ujan2 pun pasang aircond ni aku nak berceloteh sikit pasal pemandu2 kita ni. Tak kira la laki ke pempuan ke, muda ke tua ke, bawa kereta besar ke kereta kecil warna merah pon..pon..pon.pon..boleh ku bawa ke sekolah ke. Boleh dikatakan aku ni hari2 la kot pegi kerja kena travel jauh. Jauh la sgt kan. KL - Nilai je kot. Tp hari2 la aku akan lalu kat Lebuhraya Utara Selatan atau lebih glamernye dgn pangilan PLUS ni. So hari2 la aku terpaksa berdepan dgn macam2 karenah driver kita ni. Kadang2 ada gak la kuar sumpahan2 kramat dari mulut aku yang comel lotey ni. Bukan itu yang aku pinta tapi drebar2 kita ni la yang paksa aku buat semua tu. Pagi2 je dah buat dahi aku kerut 14. Angin lak dah naik satu badan. Erkkk...erkkkk...erkkkk....


1. Pemandu Lelaki
- Selalu yang aku kena dgn pemandu kaum ni kan mmg sgt dikenali jenis ego dan taknak kalah. Kau dah la bawa kereta dengan riang ria ribena nya sambil hisap dunhill malboro gudang garam bagai. Duk fuhhh...fuhhhh...fuhhhhh...Bila tgk Viva Cooper aku berdesup melintas kau mula la terus tak puas hati. Ego lelaki tercabar la tu bila tgk ada gadis yang agak cun sbb pakai sunglass Bonia je pastu bawa Viva Cooper yang bukan turbo lak tu melintas kau tanpa pandang sedikit pun kat kau yang konon2 macho bawa kereta Wira Lancer sambil menghembuskan karbon monoside ke ruang udara. Bila dah tak puas hati tu mula la kau pun bedesup melintas aku sambil memandang aku dgn sengihan kambing dan hidung kembang kempis tu. Aduh bro aku bukan nya nak lumba kereta dgn kau la. Dah kau tadi bw kereta baik punya syoknye aku lintas la. Aku ni nak cepat dah lambat masuk kerja. Lelaki ni nak ego memang tak kena tempat la.


2. Pemandu Bas
- Bab ni aku memang rasa cam nak naik hantu la. Aku da bawa sikit ikut peraturan had laju yang ditetapkan.  Pendek kata bagi org mudah paham kan aku ni dah bawa 110km/j di lorong tengah tapi elok je ada bas duk cucuk2 kat belakang. Amboi..biar betul bas ni berapa laju yang dia nak bawa. Takkan nak bawa sampai 160km/j kot. Kau ingat la sikit kau tu bawa banyak nyawa kat dalam tu. Takkan tak jadi kan Tragedi bas Delima tu sebagai iktibar. Kau tu bukan je membahayakan nyawa penumpang2 kau tapi pengguna2 jalan tu gak terutama aku yang kau duk cucuk ni. Tapi untuk bagi sedikit pengajaran aku pun apa lagi menslowkan kereta aku dari hadlaju 110km/j ke 90km/j. So secara tidak langsung bas tadi pun akan ikut hadlaju aku. Lantak la kau nak sumpah seranah ke apa janji ko bawa tu ikut hadlaju yang ditetapkan. Aku lak macam suka je kena2 cucuk ni bukan apa cuma aku taknak la tragedi Oktober tu berulang lagi. Ngeri u...


3. Pemandu Veteran
- Pemandu kategori ni kadang2 jela aku jumpa kat highway ni tapi kadang2 kalau ada tu rasa angin tu nak naik gak la 1 badan. Wahai makcik2 pakcik2 saya bukan nye nak memperlekehkan cara pemanduan anda nti tak pasal2 dikata derhaka lak. Kena sumpah jd batu taknak la aku. Cuma kadang aku memang nak marah pun ada tp jangan cakap aku tak hormat org tua lak. Cuma saya nak cakap sikit ni makcik2 pakcik2 kalau makcik2 dengan pakcik2 nak bawa makan2 angin 50km/j ke 70km/j je tolong la jangan bawa kat lorong tengah ek, lorong kanan sekali tu lagi la jangan tau. Seelok2nya makcik2 pakcik2 bawa la di lorong yang paling kiri sekali. Lorong tu paling sesuai utk makcik2 pakcik2 kalau nak makan angin tau. Kesian anak2 nak cepat pergi kerja ni. Boleh kan bagi laluan kat kami dulu.


4. Pemandu motosikal
- Yang ni lak jenis aku la raja ni atas ini jalan. Eksyen nye dia bukan main. Elok kau ada lorong motosikal tu yang kau nak jugak duk lorong kenderaan2 yang besar dari kau ni kenapa. Walaupun aku ni naik cuma Viva Cooper je tp yang penting tayar aku ada empat so aku bayar tau guna jalan ni. Kau tu tayar dua je free lak tu. Tolong la jgn berlagak cam kau tu Mail Lambung lak. Dah la bawa motor ikut jalan kereta pastu macam biase la bawa motor cam jalan ni aku yang punya. Aku tau kau tu naik LC tapi kenapa kau nak bawa motor macam Honda Cup lampu bulat lak. Please la..please la..kau nak buat macam tu sila buat kat lorong motor ok. Kat lorong besar ni kau tak sesuai. Ada faham.

Macam2 sebenarnya karenah pemandu2 kita ni. Belum lagi jenis manusia yang suka2 potong Q masa nak bayar tol, jenis manusia yang tak reti2 nak bagi signal  kalau nak masuk lorong (bese kereta mahal dan besar selalu buat macam ni. kecian kereta mahal tapi mentol signal dah rosak takde duit nak tukar), ada gak masa nak bayar tol elok je dia duk lalu kat lorong touch n go pastu tiba2 berdesup masuk lorong tunai kat kiri sekali lak tu (kenape?lupa topup touch n go ke bang??) dan memang banyak lagi la. Tak sedar ke apa yang diorang buat ni membahayakan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.

Aku kalau boleh nak je cerita panjang lebar lagi. Tapi aku rasa otak aku ni dah beku lak sebab gila punya sejuk aircond ni. Tangan duk menaip ni pun dah mengigil-gigil dah. So sebagai nasihat jadi lah pemandu yang berhemat.

Wassalam.

Nota kaki Nana: Dah dapat dah baju beli kt on9 hari tu. Nasib baik puas hati.

No comments: